ASSALAMUALAUKUM..

Khamis, 9 September 2010

PESAN NENEK

Pesan nenek buatku

Tengah menolong tok buat kuih di malam raya, tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat, tok pun berkata “iblis dan syaitan dibebaskan manusia bersuka ria”

Masyaallah…ramainya yang keterlaluan bergembira. Ada yang berbelanja untuk beli mercun, ibarat (bakar duit) sanggup beli mercun semata-mata nak main di malam raya..

Aku semakin seronok dengar tazkirah oleh tok ,istilah bagi panggilan (nanek).

Tak salah nak bergembira menyambut aidilfitri,tapi..biar bersederhana, bagi kaum hawa janganlah membazir,nak shoping ka,nak beli juadah raya ka,nak tukar perabot ka biar lah berpada-pada, sebab tu lah tok lebih suka buat kuih daripada beli. Kalau beli tak sedap,tak banyak,mahal pulak, yang paling pentig,tak tahu sumber halal dalam ramuan,dan jugak kasih sayang agar anak cucu, menantu makan dengan air tangan ibu..baru berkat. Ingat pesan tok tau!

Khusyuk mendengar tazkirah ,terlupa pula kuih bahulu di atas api, hampir hangus.

Moga kita semua dapat menigkatkan lagi amal ibadah kita di sebelas bulan yang lain, ramadhan adalah permulaan,dan syawal bukan pengakhiran amal ibadah kita.

Wallahualam selamat hari raya saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini,andai saya pernah menyakiti kalian zahir mahupun batin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan