ASSALAMUALAUKUM..

Rabu, 29 September 2010

buatmu mujahid


Biarlah dia seorang yang buta…
Buta kerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,
Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi…
Asalkan kedua-dua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,
Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...
Bakhil dalam memberi senyuman
kepada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat,
Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
yang berfaedah lagi bermanfaat,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!


Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi
dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan


(copied from:http://kongsibersama07.blogspot.com)


Rabu, 15 September 2010

JANGAN TERTIPU DENGAN PERJUANGAN


Bagaimana yang dikatakan bekerja tanpa hati?


Bilamana kita terhimpit dengan tugas dan amanah… masa tidak menjadi ukuran… kita sibuk dengan perbincangan demi menyelesaikan permasalahan ummat, tapi sebenarnya tanpa kita sedari telah lama syaitan laknatullah menyucuk jarum kedalam hati pejuang-pejuang ini… sehinggakan terdetik perasaan yang aneh antara mereka… Terkadang kita dapat sedari dari awal.. dan kadang-kadang sudah terlambat dan sukar untuk dibuang… yang sebenarnya pabila sukar untuk dibuang itulah yang menjadikan kita lalai, leka dan alpa… Tanpa sedar kita seronok dengan perasaan itu… na’uzubillah… astaghfirullah… JANGAN TERTIPU DENGAN PERJUANGAN!!! Bila sudah sampai tahap ini, kita mengaku sebagai pejuang yang hanya untuk menutup coretan kotor disebalik wajah!.. Yang menjadi fitnah bagi pejuang Islam yang lainnya… Yang menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri sebenarnya…

Ya Allah… adakah ana tergolong dalam golongan ini? Astaghfirullah…! La ilaha illa anta subhanaka inni kuntumminaz zolimin… hati ini merintih lagi…

Bekerja antara muslimin dan muslimat tanpa melibatkan hati sahajalah yang InsyaAllah boleh membantu menghindari penyakit hati yang merbahaya ini… Kerana kehadiran hati bisa ditusuk dengan sembilu hasutan syaitan… tapi bagaimana?

Memang fitrah manusia suka menyayangi dan ingin disayangi… memang fitrah manusia suka diambil perhatian dan ingin memerhati… ranjau dalam perjuangan yang paling besar para pejuang sering hadapi adalah hati… bilamana kita ini mengaku ingin berjuang, pada masa yang sama perlu menjaga hati… agar tidak tercuit rasa yang kasih sayang dan cinta selain pada Ilahi Rabbi… agar tidak terbekas dihati tertarik pada sang yang bukan ajnabi… Manusia sememangnya sukakan keindahan… kerana itu keluarlah pepatah “Dari Mata Turun Kehati”…

Tipulah kalau muslimah pejuang itu mengatakan tidak pernah hatinya tercuit sedikit pun menyukai muslimin itu… dan tipulah kalau muslimin pejuang itu mengatakan tidak pernah hatinya tercuit sedikitpun menyukai muslimat itu…

Begitu juga bagi mereka yang menyimpan benci dan iri… atas pernyataan ‘tidak serasi’… kesusahan, kelemahan, keburukan menjadi agen duri dalam hati… hilang istilah pengorbanan…hilang makna persahabatan…dengan itu, perbaikilah hati… jangan ada hati disebalik hati…

Ya Rabb… bagaimana ingin menjaga hati ini…? Ya ‘Aziz… aku tidak ingin menjadi seorang muslimat yang melalaikan muslimin mujahid sebarisan denganku… aku tidak ingin menjadi muslimat yang lalai dengan duniawi… Ya Ghaffar… hati ini was-was dengan pendirian diri…

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (AN-NAS ayat 1-6)

Ya Allah… memang sangat benarlah dengan kalamMU penunjuk jalan yang lurus.. cahaya dikala gelita… kepada Kitabullah Rabbul Jalil itulah tempat mencari… dalam pada aku kesesatan… Sesungguhnya aku akur… Was-was itu hanyalah bisikan syaitan nirrojim… Ya Rabb kembalikanlah aku kepada cintaMU…

Bagaimana yang dikatakan bekerja tanpa kehadiran hati sebenarnya adalah, pertama : kita bekerja dalam keadaan tanpa ragu… tanpa was-was… kedua : teruskan berfikir untuk Islam dalam keadaan tidak ade hati disebalik hati… tiada ada niat lain selain hanya untuk bergerak kerja untuk Islam….ketiga : Kepada Ilahi Rabbi tempat mngadu hati… Kepada Rabbul Jalil tempat disandarkan segala keinginan dan hasrat… keempat : Kepada Sang pencipta jugalah tempat diserahkan segalanya bagi memimpin setiap gerak hati dan semua tindakan… InsyaAllah… Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang…dan yang kelima: Husnu Zhon (bersangka baik) dengan sesama sahabat sebarisan… Allahu Rahman wa Rahim…



Terasa ingin berkongsi satu kata2 yang amat terkesan dihati. Ditujukan buat hati ini dan hati sahabat2 yang ingin mencari sesuatu utk di isi… Ucapan ibnu Aithaillah:

ربما فتح لك باب الطاعة وما فتح لك باب القبول. وربما قدّر عليك المعصية فكانت سببا في الوصول. معصية اورثت ذلاّ وانكسار خير من طاعة اورثت عجبا واستكبارا




(( Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, Tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai kearah kebaikan. Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takabbur dan angkuh.))


Sabtu, 11 September 2010

KU CIUM TANGANMU


Tradisi cium tangan (di kalangan umat Islam) sudah menjadi hal yang lumrah dilakukan.Pihak yang muda mencium tangan yang lebih tua.Terutamanya ayah, ibu, saudara mara dan adik beradik, setelah berakhirnya bulan Ramadhan dan selesainya solat Iadil Fitri, anak-anak akan mencium tangan kedua orang tuanya mamohon kemaafan. Isteri mencium tangan suaminya, adik mencium tangan kakaknya, dan seterusnya.


Dari seorang jemaah kepada jemaah yg lain mata yg sarat dengan air jernih yg hanya tunggu masa sahaja akan jatuh ke pipi ini memandang kosong ke arah sejadah yg dikongsi bersama ibu tercinta.Ku tahan air jernih ini agar tidak jatuh didepan ibu,namun sujud terakhirku tadi sudah cukup menjadikan mata ku kemerah-merahan.
Ya Allah sungguh berat dugaan yang Engkau berikan ini….
Ku kucup tangan ibu tercinta bagaikan tidak mahu ku lepaskan kali ini.Ku kucup dahi serta kedua-dua pipi ibuku ku cium seperti kebiasaan, ibu membalas ciuman dipipiku..Aku cuba lafazkan namun tersekat namun ku gagahi juga “mak ..selamat hari raya…kak long mohon maaf andai pernah menyakiti hati mak,halalkan segala makan dan minum,setiap titis susu yang pernah mak berikan..maaf zahir dan batin..” mulut kecilku bersuara.Mak pelukku sambil menjawab “mak maafkan kakak,mak halalkan segalanya.. Cuma dua perkara mak nak pesan, petama: kakak anak sulong jadilah contoh yang terbaik buat adik, ke dua: cari kunci syurga dan jagalah dengan baik”Air jernih tadi tiba-tiba menjadi banyak,kelopak mata ini sudah tidak mampu menahan,aku alihakan pandaganku kepada telekung dan segera kulipat.Akhirnya,air jernih tadi jatuh keatas telekung namun,aku bersyukur air mata ini tidak langsng jatuh ketika ibu memandangku.
Di pagi ini kucium tangan ayahku.. seorang bapa sukar menunjukkan kasih sayangnya secara luaran,tapi ku tahu,jauh di sudut hati ayah dia amat menyayangi anak-anaknya..aku masih ingat lagi pesan ayah ketika melangkah kaki ke darul quran,jadilah anak yang solehah,jangan pernah lupakan mak dan ayah setiap kali berdoa..walaupun berjauhan kirimkan kami doa.. aku patut rasa bersyukur kerana masih mempunyai ke dua ibu bapa,masih ada kesempatan beraya dengan mereka lagi.. ku bisikan doa buatmu ayah dan bonda..





Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, lagi maha penyayang…..
Aku memberikan senyumku buat merawat duka di hati mereka,
Dan aku memerlukan senyuman mereka buat mendamai resah di jiwa,
Aku memberikan dokonganku buat meneguh impian mereka,
Dan aku juga memerlukan dokongan mereka buat mencapai impian dan cita-cita,


Wahai Dzat yang Maha Mendengar,
Lantaran itu, aku berdoa untuk mereka, memohon dari jiwa hamba yang hina,
Hadirkanlah keikhlasan dan keteguhan iman dalam setiap tindakan mereka,
Kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka mendepani badai kehidupan,
Ya rahman ya Rahim ya ghaffar..
La ila ha illa allah… ku mohon padamu ya rabbi , ampunilah dosa ke dua ibu bapaku..
Anugerahilah keberkatan usia sepanjang perjalanan mereka di dunia,
Ku mohon padamu ya rabbi kurniakanlah mereka kesihatan zahir dan batin
Agar mereka dapat melakukan ibadah kepadamu
Agar mereka bertemu-Mu kelak dengan usia dan usaha yang tidak sia-sia..