ASSALAMUALAUKUM..

Sabtu, 11 September 2010

KU CIUM TANGANMU


Tradisi cium tangan (di kalangan umat Islam) sudah menjadi hal yang lumrah dilakukan.Pihak yang muda mencium tangan yang lebih tua.Terutamanya ayah, ibu, saudara mara dan adik beradik, setelah berakhirnya bulan Ramadhan dan selesainya solat Iadil Fitri, anak-anak akan mencium tangan kedua orang tuanya mamohon kemaafan. Isteri mencium tangan suaminya, adik mencium tangan kakaknya, dan seterusnya.


Dari seorang jemaah kepada jemaah yg lain mata yg sarat dengan air jernih yg hanya tunggu masa sahaja akan jatuh ke pipi ini memandang kosong ke arah sejadah yg dikongsi bersama ibu tercinta.Ku tahan air jernih ini agar tidak jatuh didepan ibu,namun sujud terakhirku tadi sudah cukup menjadikan mata ku kemerah-merahan.
Ya Allah sungguh berat dugaan yang Engkau berikan ini….
Ku kucup tangan ibu tercinta bagaikan tidak mahu ku lepaskan kali ini.Ku kucup dahi serta kedua-dua pipi ibuku ku cium seperti kebiasaan, ibu membalas ciuman dipipiku..Aku cuba lafazkan namun tersekat namun ku gagahi juga “mak ..selamat hari raya…kak long mohon maaf andai pernah menyakiti hati mak,halalkan segala makan dan minum,setiap titis susu yang pernah mak berikan..maaf zahir dan batin..” mulut kecilku bersuara.Mak pelukku sambil menjawab “mak maafkan kakak,mak halalkan segalanya.. Cuma dua perkara mak nak pesan, petama: kakak anak sulong jadilah contoh yang terbaik buat adik, ke dua: cari kunci syurga dan jagalah dengan baik”Air jernih tadi tiba-tiba menjadi banyak,kelopak mata ini sudah tidak mampu menahan,aku alihakan pandaganku kepada telekung dan segera kulipat.Akhirnya,air jernih tadi jatuh keatas telekung namun,aku bersyukur air mata ini tidak langsng jatuh ketika ibu memandangku.
Di pagi ini kucium tangan ayahku.. seorang bapa sukar menunjukkan kasih sayangnya secara luaran,tapi ku tahu,jauh di sudut hati ayah dia amat menyayangi anak-anaknya..aku masih ingat lagi pesan ayah ketika melangkah kaki ke darul quran,jadilah anak yang solehah,jangan pernah lupakan mak dan ayah setiap kali berdoa..walaupun berjauhan kirimkan kami doa.. aku patut rasa bersyukur kerana masih mempunyai ke dua ibu bapa,masih ada kesempatan beraya dengan mereka lagi.. ku bisikan doa buatmu ayah dan bonda..





Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, lagi maha penyayang…..
Aku memberikan senyumku buat merawat duka di hati mereka,
Dan aku memerlukan senyuman mereka buat mendamai resah di jiwa,
Aku memberikan dokonganku buat meneguh impian mereka,
Dan aku juga memerlukan dokongan mereka buat mencapai impian dan cita-cita,


Wahai Dzat yang Maha Mendengar,
Lantaran itu, aku berdoa untuk mereka, memohon dari jiwa hamba yang hina,
Hadirkanlah keikhlasan dan keteguhan iman dalam setiap tindakan mereka,
Kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka mendepani badai kehidupan,
Ya rahman ya Rahim ya ghaffar..
La ila ha illa allah… ku mohon padamu ya rabbi , ampunilah dosa ke dua ibu bapaku..
Anugerahilah keberkatan usia sepanjang perjalanan mereka di dunia,
Ku mohon padamu ya rabbi kurniakanlah mereka kesihatan zahir dan batin
Agar mereka dapat melakukan ibadah kepadamu
Agar mereka bertemu-Mu kelak dengan usia dan usaha yang tidak sia-sia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan