ASSALAMUALAUKUM..

Selasa, 31 Disember 2013

Keguguran... Bersabarlah, Syurga buatmu

Setelah lama aku tidak menulis di ruangan ini, hari ini hatiku terdetik untuk menulis kerana mungkin akan ada yang boleh berkongsi pengalaman atau cerita yang sama denganku.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Aku bersyukur diatas segala ujianmu YA ALLAH..
kerana disebalik ujian ini engkau telah taburkan mutiara-mutiara hikmah buatku dan suami
dengan ini membuatkan aku dan suami rasa lebih matang dalam mengharungi kehidupan ini..

LIKU-LIKU KEHAMILAN...

Rasanya masih terlalu sukar untuk menceritakan keseluruhan cerita ketika aku mengandungkan Nur Amni Binti As'ad... kerana naluri keibuan pasti akan terasa begitu terusik dan tersentuh bila aku ingat saat itu.

Alhamdulillah aku disahkan hamil pada 10.7.2013 bersamaan 2 Ramadhan..
suatu berita gembira buatku dan suami serta seluruh ahli keluargaku dan juga mertuaku..
kerana kehadirannya adalah cucu pertama buat kedua2 keluargaku.
Sebelum aku mengetahui yang aku ini hamil, badanku terasa lemah, cepat letih dan demam.
   Aku lalui hari-hari awal kehamilan dibulan yang penuh barokah, memang sangat-sangat teruji dengan muntah,pening dan demam. Sewaktu kandunganku berusia 4 minggu aku dan suami pergi ke klinik pakar bersalin Rawang untuk scan, tiba-tiba selepas scan doktor memberitahu ada ketumbuhan, tapi doktor saran hanya menunggu usia kehamilan tu tiga bulan, baru boleh tahu samaada ketumbuhan itu bahaya atau tidak pada janin.. doktor kata, kadang-kadang ketumbuhan boleh membesar mengikut perkembangan janin, kadang-kadang ketumbuhan hanya berlaku pada awal kehamilan.

Nur Amni anakku yang sangat baik...Ummi terasa indah bersamamu anakku..diriku terasa ada teman kemana saja aku pergi,dia sentiasa dalam rahimku.. Amni jarang buat ummi muntah2 diwaktu siang.. ini membuatkan ummi senang untuk pergi kerja. Amni anak yang sihat dan baik..cuma kadang2 ummi akan mengalami sedikit pendarahan

Masalahnya bukan pada Amni, tapi ummi. Amni kandungan yang sihat, berkembang mengikut waktu.. seperti yang ummi selalu doakan.. Ya Allah kuatkan jantung anakku, sihatkanlah dia, sempurnakan sifatnya, elokkan rupanya, cerdaskan pemikirannya, jadikan dia hambamu yang beriman, permudahkan kehidupannya di dunia dan di akhirat.. Masalahnya badan ummi tak cukup kuat ketika itu.. pengalaman ummi terlalu cetek menjadikan ummi cuai menjaga kesihatan diri.. ada kawan yang berpendapat pendarahan ketika mengandung adalah perkara biasa, ada juga yang meminta berjaga-jaga, emosi ummi juga sering terganggu.. ummi tak pernah terfikir yang itu semua membuatkan ummi kehilang buah hati ummi yang amat ummi kasihi..

Sepanjang kehamilan, hampir setiap bulan ummi ulang alik hospital Serdang bersama abahmu.. Ummi sering terasa cemas apabila sakit dibahagian perut serta ada bleeding. Apabila pergi ke hospital doktor hanya mengatakan ummi hanya mengalami air kencing kotor, dan hanya perlu makan ubat antibiotik.

Tanggal 1 oktober 2013 pukul 9.00 pagi, ummi terasa sangat sakit dibahagian perut, sampaikan tidak mampu kaki ini untuk melangkah, dan ummi terus ke klinik kesihatan daerah untuk mendapatkan rawatan bahagian ibu mengandung. Ummi ingatkan sakit itu biasa terjadi pada orang yang mengandung ketika bayi sedang membesar...rupanya andaian ummi salah, doktor mengesahkan ummi ada ependix, dan segera dibuang, bahaya pada nyawa ummi dan anak ummi. Ummi dihantar menaiki ambulans ke hospital untuk dibedah, apabila sampai di hospital doktor membuat sekali lagi pengesahan,terdapat enam orang pakar untuk check keadaan ummi dan anak ummi. Pembedahan terpaksa dilakukan juga walaupun berisiko pada anak ummi, masa tu hanya Allah sahaja yang tahu sedih sangat2. Waktu itu Amni baru sahaja berusia 4 bulan dalam kandungan, dah kena lalui dugaan ini. Doktor menerangkan risiko akan berlaku keguguran ketika pembedahan dan kesan ubat bius pada baby. Ummi redha...

Alhamdlillah ummi selamat dibedah, dan Alhamdulillah anak ummi selamat juga, sentiasa sihat dan kuat dalam perut ummi, walaupun masa tu ummi sudah lupa siapa diri ummi disebabkan ubat bius yang terlalu kuat,ummi di bius sehingga pengsan. Ya Allah hanya padamu aku mengadu dan hanya Engkaulah sebaik2 pendengar.. itulah doaku ketika itu..

Tanggal 5 November 2013 ummi sedang berehat baru balik dari berkelah, tiba-tiba ada darah keluar sangat banyak.. ummi terus menangis melihat darah yang banyak, dan abahmu telah membawa ummi ke hospital swasta, apabila doktor memberitahu keputusan bahawa pembukaan ummi sudah terbuka 5cm.. Ya Allah selamatkanlah anak aku.. hati kecilku tak henti2 berdoa. Doktor telah membuat surat untuk di hantar ke hospital kerajaan. Ummi telah di periksa sekali lagi pembukaan oleh pakar sakit puan, memang laluan itu sudah terbuka, tapi hanya 2cm Ummi dimsukkan di dalam wad, dan doktor meminta ummi berada dalam wad selama 2 bulan sampailah kandungan ummi berusia 7 bulan..Ummi menangis apabila terpaksa tnggal di hospital selama 2 bulan, kerana ummi tidak dapat menahan sakit apabila doktor chek pembukaan, macam2 alat yang dimasukkan,  tapi sepanjang minggu itu, doktor tidak check keadaan baby,sampailah ummi minta nak keluar dari hospital untuk berehat di rumah sahaja.. Akhirnya ummi dapat juga keluar, dalam masa yang ummi pergi ke hospital swasta sebab nak scan keaadaan anak ummi, Alhamdulillah Amni sentiasa sihat dan membesar didalam perut ummi. Amni sudah mula bergerak2 didalam perut ummi,  Doktor memberi nasihat untuk ummi pergi tinggal dihospital semula, tapi ummi tak mahu sebab ummi tak tahan sakit bila doktor chek pembukaan yang kandungan baru berusia 5 bulan. Tapi doktor swasta memberitahu yang doktor tidak akan check lagi pembukaan, kerana akan menyebabkan lagi terbuka. Ummi percayakan doktor itu.

Amni sudah mula memberi respon, dia dah mula bergerak apabila mendengar suara abahnya, sebak apabila ummi merasai respon itu, Amni juga suka bergerak apabila mendengar suara ummi mengaji Al quran. Sebab itulah ummi tidak suka tinggal di wad, kerana tiada priversi. Menitis air mata bertapa besarnya kebesaranmu Ya Allah, kerana menciptakan manusia.

Selang beberapa hari ummi pergi semula hospital, untuk chek up pakar... tetapi selepas berjumpa dengan doktor, ummi terasa sangat sakit, kerana doktor selup dan check lagi di bawah, daripada ummi tidak bleeding terus bleeding lagi, sepanjang jalan ummi menangis..pada waktu petang ummi dimsukkan lagi ke wad yang sama. Ummi tidak mahu, tapi ummi tak terdaya nak halang lagi. Tinggal dalam wad memang stres, macam2 berlaku sepanjang ummi di wad, kenangan yang ummi tidak boleh lupakan ummi dimarahi oleh seorang doktor india perempuan, dia sangat emosi ketika ummi memita agar tidak diperiksa lagi pembukaan, ayat dia  " ok saya tidak akan check lagi bawah, biarlah sampai anak puan dah nak keluar kaki, kepala saya biar je" ummi tak boleh lupa apa yang doktor tu cakap dengan tangannya mengangkat ke atas dan cekak pinggang.  ummi hanya mampu bersabar..lg bertambah stres jumpa doktor begitu.
Sepanjang Ummi berada di hospital ummi tidak diberikan sebarang ubat, kecuali antibiotik dan ubat tahan sakit.

Selepas beberapa hari...ummi terasa sakit sangat, pada masa tu ummi hanya ingat nyawa anak ummi, Ummi di masukkan dalam labour room, doktor chek pembukaan 4 kali, dan doktor memberitahu laluan sudah terbuka 8cm.. Ummi terpaksa melahirkan Amni pada usia 24 minggu satu hari.. Sungguh mudah melahirkan Amni..hanya ummi sahaja yang menanggung sakit, ketika ummi menahan sakit, Amni masih bergerak2 di dalam perut Ummi.. Akhirnya Amni keluar juga di dunia ini. Allah Maha Besar.. Subhanallah.. Menitis air mata ummi apabila ummi dapat mendengar tangisan Amni, suara anak ummi yang selama ini hanya memberi respon didalam perut..
Nur Amni binti As'ad dilahirkan pada 24 November 2013, di usia kandungan 24 minggu 1 hari, hanya sempat hidup 20 minit sahaja.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bertapa sedihnya  hatiku..

Perjalanan hidup setiap insan tidak lama, ummi bersyukur diperingatkan Allah, walaupun ramai yang berkata tiada rezeki, tapi bagi ummi ini bukanlah tiada rezeki, tapi rezeki di akhirat sana, bila mengenangkan syurga buatmu duhai anakku, ummi redha..ummi bersyukur diberi kesempatan untuk memperbetulkan kekhilafan diri..Akhirnya nanti ummi dan abah akan kembali ke sana juga. walaupun ummi tidak dapat melihat wajahmu duhai anakku, tapi tangisan itu membuatkan ummi rasa lega. Berbahagialah di sana duhai anakku.. Amanlah dirimu di bawah lindungan Rahmat Allah.. Allah telah menjagamu di syurga.

Tipulah siapa yang tak sedih bila keguguran.. rasa jiwa kosong melalui hari2 berpantang.. hati jadi sebak apabila melihat orang lain mengandung atau melihat baby didepan mata kita.. apa yang penting kita haruslah kuat semangat, dekatkan diri dengan Allah, dialah segala penawar bagi kita..

Al Fatihah untuk Amni..