ASSALAMUALAUKUM..

Ahad, 29 Ogos 2010

sentuhan dari seorang murabbi

Dah lama ana tak menulis disini... ana pun tak tahu untuk mencatat apa-apa walau hati dan minda ana sarat dengan berbagai cerita dan rasa... ditambah bebanan kerja yg bertambah akhir-akhir ini.. bulan depan lagi ana tak cukup tangan untuk menyiapkan semua tugasan yg di amanahkan... hampir setiap hari ada jemputan majlis iftor dari kalangan sahabat-sahabat, adik beradik,iftor sem,lajnah dan tak lupa pada guru yang amat ku sayangi guru tasmik..pada setiap hujung minggu pula, ada jemputan majlis tadarus al quran di setiap masjid daerah Ulu selangor..memang tak dapat nafikan,sungguh indah tarbiah ramadhan..maaf kepada semua pengunjung blog ini,jika terlambat update..

makin tak sabar nak balik kampung,makin hampir peperiksaan. perasaan gembira untuk pulang,bercampur gelisah. taba-tiba teringat pesanan ustazah..

PESANAN USTAZAH:
-Anakku..kutiplah mutiara -mutiara di bulan ramadhan ini..kamu akan jumpa sinarnya yang luar biasa.
-Anakku,kamu sedang menghaungi dua fatrah yang penting,iaitu ramadhan dan peperisaan..kedua-dua ini melibatkan masa depanmu..ramadhan untuk akhirat dan peperiksaan untuk menentukan kejyaanmu didunia..

nasihat buatku dari seorang guru

Anakku…

Sesungguhnya lelaki yang tergila-gila kepada Laila terbunuh oleh cintanya; Qarun terbunuh oleh kecintaannya kepada harta; Firaun dan Namruz terbunuh kerana kecintaannya pada kedudukannya. Adapun Sayyidina Hamzah, Ja’afar, Hanzhalah dan sekalian sahabat radiyallahu ‘anhum gugur demi cintanya kepada ALLAH dan RasulNya. Maka alangkah jauhnya perbezaan antara kedua golongan tersebut.

Anakku...

Sesungguhnya perasaan itu apabila bergelojak pada hal keduniaan, maka akan memayahkan dirinya sendiri dan kepayahan yang membebankan, menyakitkan, gelisah, gusar dan membuatkan engkau tidak tenang.....tapi kalau perasaanmu bergelojak dalam menyintai DIA maka ia cukup menenangkanmu....

Anakku...

Seandainya kau yaqin dan ikhlas dalam ubudiyyahmu maka, DIA akan sempurnakan atau selesaikan masalahmu. Usahlah kau gusarkan. Jangan terburu-buru. Perbaiki hubunganmu denganNYA....

Ingatlah syair ini...

Likulli syaiin iza faaraqtahu ‘iwadhun # wa laisa lillah in faraqta min ‘iwadh

“Bagi tiap-tiap sesuatu ada penggantinya, apabila kau bercerai/berpisah dengannya. Dan tidak terdapat pengganti bagi ALLAH jika engkau bercerai denganNYA.

Sheikh Ibn ‘Atho’illah berkata dalam Hikamnya:

Ma ahbabta syaian illa kunta lahu ‘abdan, wahuwa la yuhibbu an takuna lighairi ‘abdan

“Tidaklah engkau mencintai sesuatu melainkan engkau adalah hamba bagi selainNYA. Camkan ini wahai anakku

Pesanan yang terindah daripada salah seorang guruku yang tercinta...

Semoga ALLAH merahmatinya. Semoga setiap kalam yang keluar dari bibirnya dapat dimanfaatkan..

terima kasih bondaku..semoga allah berkatimu..
takkanku lupa nasihatmu..



P/S: Ana ucapkan terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi memberi komen pada blog mahupun pada email..salam kemaafan.

Isnin, 2 Ogos 2010

Ya ALLAH...Apakah Yang Ada Dalam Hatiku?Egokah aku?berlapang dada Atau Mampukah aku Pendam?



Allah menciptakan manusia dengan 1001 design luaran yang sememangnya berbeza, tak ada satu pun yang sama antara satu sama lain. Pasti ada bezanya, walaupun sedikit. Sekalipun pasangan kembar yang hampir sama, tapi masih tidak serupa. Itu daripada segi luarannya yang kelihatan, bagaimana pula soal pemikiran dan perasaan? Soal persepsi dan sudut pandang? Sudah tentu ada bezanya, kalau tidak banyakpun, sedikit. Ust. Pahrol Mohd Juoi (Ketua Editor Majalah Solusi) pernah berkata dalam satu ceramah yang saya hadiri, “biarpun kita berbeza, tapi tidak bertentangan”.

Merasa Paling Betul

Dalam membincangkan sesuatu isu, mungkin ada pendapat kita yang berbeza. Perbezaan itu adalah sesuatu yang biasa berlaku dan dibolehkan selagi mana ia tidak menyalahi persoalan asas Aqidah yang sememangnya tidak ada percanggahan seperti Allah itu Esa, Muhammad itu Rasulullah yang terakhir dan lain-lain lagi. Di antara dua pendapat yang dikeluarkan oleh dua pihak, kemungkinan kedua-duanya betul dan tidak salah. Masalah akan timbul apabila ada satu pihak merasa paling betul dan terus menyalahkan pihak lain atas dasar emosi, tanpa landasan yang kukuh.

Contohnya dalam mendidik anak-anak mengaji Al-Quran, ada yang kata guna Muqaddam lebih efektif, ada yang kata guna Iqro’ lebih berkesan. Jadinya, adakah antara salah satu cara itu yang salah? Apa akan berlaku apabila salah satu pihak menyalahkan yang lain? Tidak perlu. Teruskanlah dengan apa yang kita yakini selagi tak lari daripada tujuannya, supaya anak-anak boleh membaca Al-Quran.

Berlapang Dada

Sekalipun jika satu pendapat itu mempunyai dalil yang kuat, tidak mustahil juga pendapat yang satu lagi turut mempunyai dalil yang tak kurang hebat. Jadi, di mana titik pertemuannya agar pendapat-pendapat ini menjadi sesuatu yang sinergistik, bukan antagonistik? Kekuatan itulah terletak pada berlapang dada. Apabila setiap orang yang berbeza pendapat sentiasa appreciate antara satu sama lain, maka pendapat-pendapat yang diberikan akan saling memperkuatkan dan menambah kepelbagaian dalam sudut pandang dan amalan. Walaubagaimanapun, masih lagi terikat pada dasar dan asas yang tidak bercanggah dengan prinsip asas akidah.

Kita mungkin terlalu hebat untuk mengakui pendapat orang lain juga ada betulnya. Kita mungkin menghafal 1001 dalil tentang pendapat yang kita yakini dan bila-bila masa saja boleh menolak pendapat orang lain dengan tanpa memberi ruang sedikitpun. Maka dengan itu kita merasa begitu taksub dengan pendapat kita, dan begitu anti kepada pendapat orang lain yang bertentangan. Tapi ingat, tatkala kita rasa kita paling berjaya dalam mempertahankan pendapat kita, mungkin kita telah membuka ruang kepada perpecahan dan ada pihak yang akan bertepuk tangan.

Untungnya pada siapa?

Bersatulah pada titik temu dan berlapang dadalah pada perbezaan pendapat. Bukan mudah untuk berlapang dada, tetapi adalah sesuatu yang nikmat apabila kita mampu melakukannya. Sesungguhnya, ada Rahmah di sebalik perbezaan pendapat.

Anda mungkin tidak setuju dengan saya, bolehkah anda berlapang dada?



KESIMPULANNYA...



Apakah yang ada di dalam hati kita kini? Marah? Benci? Dendam? Tak puas hati? Kecewa?

Adakalanya, diriku juga terjebak dengan perasaan-perasaan sebegitu yang mampu untuk membebankan hati kita. Sebab itulah, diri ini ingin mengajak sahabat-sahabatku untuk berlapang dada. Ataupun bahasa yangs sering diguna pakai, iaitu redha dengan ketentuan-Nya...

Berlapang dada memang adakalanya payah terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka. Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.

Ayuh kita berlapang dada...sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? Seringkali dikatakan bahawa perbuatan yang diulang sebanyak 21 kali itu akan menjadi sifat kekal di dalam diri kita. (dengan izin-Nya tentunya...)

Ayuh kita berlapang dada...kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)

Selamat berlapang dada wahai diri dan selamat berlapang dada wahai sahabat-sahabatku....=)