ASSALAMUALAUKUM..

Selasa, 29 Jun 2010

HATIKU DAH TERIKAT

kugagahkan diri untuk menulis artikal ini.. walaupun dalam menahan kesedihan yang membuak-buak di hatiku,hanya ALLAH yang mengetahui..airmata, menjadi temanku sewaktu menulis artikal ini ,ketika dalam perjalanan untuk pulang ke negeri asal ku..malam yang hiba buatku.

Pada 25 Jun 2010 aku membuat keputusan untuk pulang ke Terengganu,aku yakin keputusan aku ini, tak salah sebagai tanggungjawab seorang anak aku nekad untuk bina semula hubungan anak angkat bonda dan ayahndaku itu,aku ingin tunaikan hasrat bondaku iaitu pergi cari kak long di Terengganu.
Tepat jam 5.30petang 25 Julai 2010, bas ke Terengganu tiba di perkarangan lobi (banat)iaitu asrama perempuan, tebal jugak muka ini,semasa naik bas itu..mahu tak tebal muka,orang kedah tiba-tiba balik Terengganu,dengan memperbanyakkan zikir ALLAHU AKBAR aku kuatkan langkah untuk mencari tempat duduk dalam bas. ALHAMDULILLAH, akhirnya aku dapat tempat duduk di bahagian belakang bersama adik beradik usrah yang paling aku sayangi.
Ateh..anje sakit kepala la..tiba-tiba anje mengadu sakit,aku terus memicit kepalanya,mahu tak sakit, biasalah dapat tempat duduk belakang..aku pun dah mula rasa pening,aku mengambil langkah untuk tidur.
Selepas selesai solat,jamak maghrib dan isyak kami meneruskan perjalanan dan berhenti makan di temerloh ,diberi masa selama 30 minit untuk makan. Kemudian kami meneruskan perjalanan semula. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati,tiba-tiba air mataku mengalir membasahi pipi. Aku memerhati anjeku di sebelah,dia agak busy menaip mesej, mungkin hal kerja yang tak setle lagi,aku tak nak kacau dia, lalu aku memejamkan mata. Namun aku tak berjaya melelapkan mata ini,mungkin aku perlu buat muhasabah, kenapa aku jadi tak sedap hati. Dalam aku bermuhasabah aku meluahkan sesuatu kepada anjeku,kami memang rapat, satu usrah pulak tu,segala masalahku dia tahu..ketika aku meluahkan sesuatu padanya untuk di kongsi agar sama-sama bermuhasabah,tiba-tiba air matanya mengalir…sungguh hiba aku melihatnya,lalu aku memeluknya erat..aku diselubungi rasa bersalah. Tak sanggup aku melihat dia menangis,kerana aku tahu apa yang di tanggugnya lebih berat dari ku... YA ALLAH ku mohon padamu,kurniakanlah kekuatan dan ketabahan hati untuk dia terus berjuang di jalanmu..berkatilh dia YA ALLAH..hanya itu sahaja yang mampu ku lakukan ketika itu…
Pada pukul 2.30 pagi,Alhamdulillah kami telah sampai di hentian bas kuala Terengganu. jauh jugak perjalanan ke Terengganu ye?keluhan seorang lagi sahabat yang turut join bersamaku ke Terengganu iaitu rumateku anjang.

terikat dengan ciptaan ALLAH..
subhanallah sungguh cantik permandangan pantai..

Jumaat, 18 Jun 2010

Mujahadah Nafsu


Aku bukan seorang muslimah yang cerewet dalam memilih psangan hidup, aku masih belum cukup menagih cinta ALLAH, siapalah diriku ini,untuk memilih berlian ,sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana tetapi aku juga punyai keinginan seperti muslimah lain, dilamar lelaki yang bakal di nobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu,tidak perlu kau memiliki wajah seindah nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan muslimat untuk membuatku terpikat,andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz,ALLAH pasti mencampakan rasa kasih di hatiku,jua hatimu.
Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,selagi itu juga jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku,kerana kau masih tidak memepunyai hak untuk membuat begitu,juga jangan kau melempaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut pelakuan begitu akan memberi impak yang tidak jelas, tiada keberkatan akan datang. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha ALLAH.
Bagi seorang wanita yang ingin bergelar muslimah sejati,dia tak pernah lari dan lalai dalam ikuti system islam,dalam keaadan apa sekalipun walaupun terasing dan terbuang. Aku pasti berendam air mata,andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku,bukan itu yang kuimpikan,cukuplah sekadar engkau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu,kerana dengan mencintai ALLAH,kau akan mencintaiku kerananya,citailah kepada yang memberi nikmat,bukan kepada yang penerima nikmat……
Tiba-tiba penaku terhenti,kerana ada orang ketuk pintu bilik (mermulalah perbualan)
Ukhti: Assalamualaikum..buat pe tu?
Saya: tengah mengkaji sesuatu.
Ukhti: mengkaji? Tentang ape?
Saya : hehe nak tau ke?boleh,tapi ada syarat.
Ukhti: ape syaratnya sayang?
Saya: syaratnya kena jawab soalan yang ana ajukan.
Ukhti: ok baik..
Saya: soalanya mudah je,ok..apa pandangan ukhti tentang jihad nafsu di sudut mengawal fitrah hati?
Ukhti: aduh. Soalan cepumas nie..emm ana penah hadapi situasi ni,apa yang ana buat ana sibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja amal.
Perbualan lagi hangat apabila datang lagi beberapa orang tetamu..soalan yang sama diajukan
Antaranya menjawab
Anje: tunduk pandangan
Afnan:kerah semua keringat mujahadah nafsu.
Kakak: tiada penyelesainya kecuali pergantungan kepada ALLAH
Emm..setelah mendengar panadangan mereka semua,di sini apa yang dapat ku katakan
Aku bersyukur kerana aku dapat melepasai fitrah itu,pada mulanya rasa tersungkur apabila ALLAH mencampakkan satu perasaan yang sangat teruji,caranya tak lain, tak bukan memang kita kena banyak ingat ALLAH,setiap detik,setiap nadi yang berdenyut hanya ALLAH di hati. Inilah nasihat yang dilontarkan oleh bondaku. Disamping itu aku juga ada menerima satu taklifat dariapada …. Sebagai denda kepadaku,kerana tidak hadir meeting yang agak penting,dengan taklifat itu aku berasa diriku amat tenang , setiap hari wajib habiskan kalimat LA ILA HA ILLA ALLAH sebanyak 55 kali pusingan tasbih berjumlah seratus biji buah tasbih selama satu minggu. Memang berat untukku habiskan taklifan itu, tapi natijahnya amat besar buatku..