ASSALAMUALAUKUM..

Sabtu, 31 Disember 2011

Semangatmu Titian Kejayaanku Duhai sahabatku..


Bismillahirrahmanirrahim....
Sukar untuk memerah minda bagi melahirkan satu tajuk yang sesuai bagi menggambarkan sebuah perasaan yang menghantui jiwa yang sedang bergelora. Namun, tidak satu pun ayat yang sesuai dalam bahasa melayu yang mampu dipahat.
Satu kisah yang sudah lama berlaku tetapi tidak mampu untuk diabadikan di slot penulisan tersayang ini dek kerana kesibukan. Namun apa yang mampu ku luahkan dalam penulisan ini cukuplah menggambarkan aku amat menyayangimu sahabatku.
Dalam serba kekurangan merentasi liku-liku kehidupan dalam usaha ingin menubuhkan satu pusat pendidikan Al-quran diri ini banyak diuji..setiap keputusan yang dibuat bermain dengan airmata,setiap langkah yang menuju untuk mendapatkan sesuatu keizinan terdapat banyak birokrasi,namun Allah itu Maha Penyayang,Dia tidak membiarkan diriku keseorangan..dengan kehadiran Afifah Mohamad memberikan diri ini secebis semangat untuk terus melangkah kehadapan,Allah Maha Mengetahui daku tak mampu mengorak langkah tanpanya disisi. Disaat aku berlinangan airmata dia memelukku,memujukku yang kian lesu.

-situasi ketika hendak mencari rumah-

kami ditipu,kami di tindas..

Pada suatu hari kami telah mendapat rumah sewa yang agak selesa,aku terus digesa membayar wang diposit untuk 1 bulan awal,tinggal bulan Januari,tapi perlu bayar bulan Disember. Tanpa apa-apa surat hitam putih kami menyerahkan duit tersebut,selepas beberapa hari kami mula membeli barang2 dan diletakkan didalam rumah baru tersebut dengan harapan nak pindah disitu secepat yang mungkin,tetapi kunci pintu rumah itu dipegang oleh pak cik Bad(Jiran kepada oner rumah sewa teresebut) setelah selesai mengangkut barang2 kami pulangkan semula kunci rumah tersebut pada pak cik Bad. Kemudian tak lama selepas itu,oner rumah itu kol dia cakap nak duit dan dia naikkan lagi sewa rumah,aku menjadi marah kerana dia naikkan selepas kami semua bersetuju untuk menyewa dengannya..kenapa sebelum tu dia tak naikkkan? soal Afifah kepadaku..berbuih mulutku pertahankan hak,akhirnya kami tak jadi menyewa dengannya, lalu kami meminta dia pulangkan semula duit diposit.
..................................
akak akan pulangkan,tapi lewat!! ni lah yang diunggkapkan oleh oner tu.
macam2 yang berlaku ketika nak dapatkan semula barang2 dan duit diposit tu,akhirnya Alhamdulilllah dapat..

-situasi dalam kereta-

Aku tak mampu melihat wajahnya sedih,kerana masalah dia, masalah aku juga.

ketika perjalanan menuju ke USIM
selepas selesai meeting dengan oner tempat pendidikan swasta,kami begegas ke USIM, dalam keadaan hujan lebat,dalam keadaan jalan raya busy disebabkan,banyak kereta aku kuatkan diri juga untuk menyelamatkan sesuatu benda yang amat berharga di NILAI seremban. "aku tak mampu melihat wajahnya sedih,kerana masalah dia, masalah aku juga" inilah perkataan yang terbuku dihatiku ketika memandu..
ketika sedang fokus memandu,ada sebuah kereta berwarna merah,sangat 'slow' berada di tengah lebuh raya, banyak kereta lain telah hont keretaku, kerana keretaku berada dibelakang kereta merah itu,Afifah cuba husnozhon dengan kereta merah itu" mungkin dia tengah cakap talipon kut" aku pun cuba la untuk ke kanan nak memotong,tiba2 dia laju pulak,berulang kali aku cuba nak memotong tapi kereta merah tu tak bagi,nak potong kiri tak boleh,nak ke kanan pun tak boleh,tapi yang peliknya kereta lain dia bagi ruang..kami mula curiga dengannya,dengan semangat Afifah aku tekadkan diri nak memotong jugak kereta merah itu,tapi...kami tak berjaya disebabkan dia menghimpit keretaku sampai nak terlanggar divider lebuhraya. Kami nyaris kemalangan malam tu,tapi Alhamdulillah...Allah selamatkan kami.. selepas je perkara itu berlaku,aku tak mampu lagi nak drive disebabkan takut, dan curiga dengan kereta merah ltu.kami terpaksa berhenti rehat di R&R sungai buloh untuk menghilangkan rasa takut, dan kami sambung semula perjalanan pada jam 9.45mlm supaya kereta merah itu tidak mengekori kami.
............................................
Jika dulu ada teman-teman yang menemani dan memberikan nasihat saat kaki mula menyimpang dari landasan yang lurus, memberikan semangat ketika diri ini tersungkur, Alahamdulilliah kini Allah menghadihakan daku seorang teman, Keteguhannya tekad dalam perjuangan sentiasa diperbaharui dengan adanya disisi..
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa DIA akan memberikan segala yang kita inginkan akan tetapi DIA akan mengganjarkan kita apa yang kita perlukan..
semoga Allah memberkati ukhuwah kami..

KUHADIAHKAN CORETAN INI BUATMU
salam sayang buatmu Afifah.

1 ulasan: