Rabu, 30 November 2011

PM...oh PM..


Fiqa, quatation dah siap?
makluman pada peserta?
nazir masjid dah bagitahu?
catrer dah dimaklumkan belum jumlah peserta?

ini la..rutin harianku sebelum melaksanakan program..
PM oh Pm... saya sangat sayang pada pekerjaan ini.

semasa perlaksanaan program

Assalammualaikum cik afiqah ke ni?
ya saya cik afiqah..
"mak cik tak dapat datang program la nak..sebab makcik dah tua..tak mampu nak jalan.. "
pap,call terputus..

situasi ke 2:

ni cik Afiqah ke?
ya saya..
"akak tak dapat la nak teruskan kursus ni,kena keja"
terpulang la pada akak..saya tak dapat halang,tapi nanti akak akan di black list daripada terima bantuan zakat..
"akak tetap kena keja..nanti kena buang keja..tap tak pe la,akak nak tunggu sampai dapat duit dulu..

situasi ke tiga

Allah..kenapa lauk ni? ikan rebus dengan sayur kacang panjang je?
suara seorang fesi saya kedengaran..
aduh, kenapa la catrer ni sediakan lauk macam ni dekat peserta asnaf..dah la diorang miskin, sekali sekala nak juga rasa lauk sedap... ni la masalah orang buat kerja tak jujur.. kita bayar mahal-mahal dia buat lauk rebus je.. PM lagi yang kena.. hurm..

Seperti biasa tugasku adalah sebagai pengurus program,mestilah saya inginkan program itu mencapai objektif dan matlamat program yang dianjurkan oleh consultancy.. walaupun penat, tetapi saya rasa heppy dengan kehidupan dan pekerjaan ini.. kerana pekerjaan ini banyak memberi pengalaman pahit manis dalam menguruskan sesuatu program dan ia menjadikan diri saya lebih matang dalam meneruskan liku-liku kehidupan..

InsyaAllah untuk post akan datang saya akan postkan Sharing kisah hidup beberapa orang peaserta yang dihimpit kemiskinan..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan