Isnin, 25 Oktober 2010

Untukmu Yang Tersayang

Assalammualaikum... Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta sekalian Alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w dan keluarga serta sahabat baginda. Sebuah doa pembuka bicara buat semua saudaraku,adik beradik seperjuanganku..moga-moga kita akan terus dipayungi kasih sayang dan redhanya..

Hari tetap setia bermula segar dengan sinar fajar yang seolah berjanji pada alam,adanya seribu satu kejadian dibawah satu kuasa yakni yang Maha Esa. Aku dengan sebuah kesyukuran masih di beri peluang oleh Allah untuk update blog ini.. disini ingin ku kongsi sebuah pengalaman yang sngat menyentuh hati kecilku
Setelah berada di semester akhir kesibukkan melanda diri ini, tak dapat mengelak lagi,ini adalah lumrah di semester akhir..
Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehnya pasti datangngi dengan sebab dan sifat ,begitu juga dengan hari-hari yang bakal kita lalui, belum tentu pahit manis yang menanti kita sebagai hambanya…

Pada seawal pagi di hujung minggu,aku melangkah dari darul quran kerana ada tangunggjawab perlu di selesaikan…sebelum bertolak ke tempat yang lebih jauh, tiba-tiba rasa lapar menguasai diri..aku membuat tindakan berhenti seketika di pasar pagi yang berdekatan di kuala kubu Bharu

“assalamualaikum mak cik.. saya nak beli nasi lemak ni boleh?”

W,salam boleh nak..jawab seorang mak cik yang usianya dalam lingkungan 40-an bersama anaknya berusia 5 tahun. Macik tu bertanya padaku.
Dik nak berapa bungkus?

Satu je makcik..

Tiba tiba…timun habis, dengan tenang mak cik tadi menyuruh anaknya yang kecil itu memotong timun dan memasukkan kedalam bekas,laju sungguh budak kecil itu buat kerja,seolah-olah macam orang tua buat kerja.tangannya yang cekap memegang pisau dan timun sangat mengkagumkan..selepas habis memotong timun dia menolong ibunya sendukkan nasi ke dalam daun pisang, ibunya tidak sedar dengan perbuatannay itu, kerana banyak pelanggan yang perlu dilayan…
Ibu…ibu..ibu..teriakkannya berbunyi.. kanapa nak? Nasi lemak dah habis kedengaran suara budak kecil itu..denagn wajah yang tenang ibunya menjawab Alhamdulillah.. tapi bu..kakak ni tak dapat lagi nasi..kasihan dia..awal lagi pagi ni..nasi dah habis..
budak kecil itu bersuara lagi..
tak pe nak…ibu dah bungkus dah.. yang tak dapat beli tu bukan rezeki diorang nak..

dengan tenang ibu itu menjawab.., lantas si kecil itu menadah kedua tangannya lalu menutur kata,

Alhamdulillah..ya Allah terima kasih ya Allah..kerana nasi lemak ibuku dah habis.. boleh la balik rumah awal..nanti banyakla duit ibu untuk Adam beli buku,Adam nak buku terima kasih atas kurniaan rezekimu.…lalu dia memeluk erat ibunya

Kejadian itu amat menyentuh hatiku…sungguh hebat ibunya mendidik anak kecil itu,bukan setakat pandai buat kerja malah sangat mengingatinya pada yang maha Pencipta… sungguh ku tak sangka ada si kecil yang sebegitu dizaman sekarang ,sungguh mengkagumkan. situasi itu juga membawa aku mengimbas kembali detik-detik aku bersama ibu..


Doa untuk kedua ibu bapa

"Tuhanku rahmatilah akan kedua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya telah mendidik aku dikala kecil"

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya..
Aku sayang ibu,aku juga sayang ayah. Biarpun hakikat itu diketahui semua orang dalam hidupku, aku masih lagi belum puas mengucapkannya.

Ya Allah…. Bukan sedikit air mata ibu yang tumpah kerana kerenahku, dan saudara-saudaraku,bukan sedikit keringat ayah yang menyimbah bumi untuk aku dan adik beradikku, anak mana yang tak sayang ibu dan ayah? Biar sehitam mana pun arang yang pernah di conteng kewajah insan yang bergelar ibu dan ayah itu,aku percaya jauh disudut hati si anak ,merekalah ratu merekalah raja,Cuma kejahilan dan kejumudan iman,membataskan kewajaran si anak bertindak sehingga ada kalanya melanggar batas agama dan boleh jatuh ke hukum derhaka. Wanauzubillah… tak dapat ku nafikan sejak akhir-akhir ni aku sangat sibuk,cuti tak macam cuti. Kasihan ibu yang sangat memerlukan diriku..

Duhai ayah dan ibu..ku tahu kau menanti saat ku pulang,kau sering bertnyakan bila start cuti? Kau sentiasa membilang hari berapa banyak anakmu disampingmu…kau sentiasa bersuara “wahai anakku kan sekarang tengah cuti? Nak pergi mana lagi? Cuba duduk di rumah tolong ibu tengokkan adik-adik ni…cuti tak macam cuti,tak pernah duduk dirumah…setealh penat mempertahankan anaknya daripada keluar rumah ibu mengakhiri kata-katanya

suka hati kamulah nak.. ibu bukan orang belajar tinggi-tinggi,tak tahu impian hidup kamu,tak tahu falsafah tambah-tambah dunia sekarang,macam-macam program..

Kadang-kadang sayu hatiku meninggalkan ibu untuk melangkah pergi ke suatu program..bukan cara itu sebenarnya yang mahu ku lakukan,bukan kesibukkan yang aku pilih,apa tah lagi bukan setiap waktu boleh bersama ibu, hanya ada kelapangan aku pulang..maafkan daku wahai ibu..aku sebenarnya bukan sengaja untuk melukakan hatimu,tetapi aku ada taklifat untuk menayambung perjuangan Rasulullah s.a.w, jika ayah dan ibu faham mesti ayah dan ibu bangga dengan anakmu ini.. percayalah wahai ibu dan ayahku walau sibuk mana sekalipun ku tak pernah lupa didalam setiap doaku.


Tiadalah yang lebih bahagiabagi insan yang bergelar ibu atau ayah selain bahagia disamping anak yang dikandung dan dibesarka. Sebagaimana kita amanah Allah SWT kepada mereka, begitu jugalah mereka amanah dan tanggungjawab dari Allah SWT buat kita. Berdoalah selalu agar kita kembali terpandu tatkala iblis dan syaitan galak memainkan peranan masing-masing hingga kita hilang pertimbangan ..



Untukmu yang tersayang….

bermain di fikiran…

apakah masih ada ruang untuk bersama..

Padamu ayah bonda…permata hati bersinar,

Doa yang ku damba untukmu

Tanda cintaku tanda kasihku…

Ingatlah diriku ini hasil titik peluh mu mendidik

Hingga ku genggam bintang di langit

Indah terang bercahaya

Anak soleh idaman insan bertaqwa kan terkota akhirnya..

Gerbang bahagia setia menanti

Tanda keikhlasan hati ini

Pengorbananmu menggunung tinggi

Kasih sayangmu bima sakti

Tiada cara untukku atasi

Muliamu disisi yang Esa

Kau permata hatiku ayah dan bonda




Bila ibu kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat….

Bila ayah kata dia rindu , kita jawab nantilah hujung minggu…

Bila ibu minta kita pulang ,kita jawab belum lapang…

Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah..

Tetapi……..

Bila hati ibu kita guris, ibu kata…. Tak apa, dia masih muda…

Bila hati ayah kita hiris, ayah kata…. Tak mengapa belum sampai akalnya…

Bila kita menangis tanda lapar, ibu berlari bagai hilang kaki…

Bila kita merintih tanda derita, ayah bersekang mata bagaikan tiada lena….

Bila kita sedih kerana gagal, ibu setia membekalkan cekal dan doa…

Bila kita pilu kerana kecewa , ayah teguh berkata dia tetap bangga…

1 ulasan:

  1. Trdpt bnyk kslhn ejaan, hrp lbih brhati2 slps ini..

    Taklifat kita mgkn brbeza, apatah lg pnglmn hdup y kta lalui pd stiap hari..
    Salam juang!

    BalasPadam