ASSALAMUALAUKUM..

Selasa, 29 Jun 2010

HATIKU DAH TERIKAT

kugagahkan diri untuk menulis artikal ini.. walaupun dalam menahan kesedihan yang membuak-buak di hatiku,hanya ALLAH yang mengetahui..airmata, menjadi temanku sewaktu menulis artikal ini ,ketika dalam perjalanan untuk pulang ke negeri asal ku..malam yang hiba buatku.

Pada 25 Jun 2010 aku membuat keputusan untuk pulang ke Terengganu,aku yakin keputusan aku ini, tak salah sebagai tanggungjawab seorang anak aku nekad untuk bina semula hubungan anak angkat bonda dan ayahndaku itu,aku ingin tunaikan hasrat bondaku iaitu pergi cari kak long di Terengganu.
Tepat jam 5.30petang 25 Julai 2010, bas ke Terengganu tiba di perkarangan lobi (banat)iaitu asrama perempuan, tebal jugak muka ini,semasa naik bas itu..mahu tak tebal muka,orang kedah tiba-tiba balik Terengganu,dengan memperbanyakkan zikir ALLAHU AKBAR aku kuatkan langkah untuk mencari tempat duduk dalam bas. ALHAMDULILLAH, akhirnya aku dapat tempat duduk di bahagian belakang bersama adik beradik usrah yang paling aku sayangi.
Ateh..anje sakit kepala la..tiba-tiba anje mengadu sakit,aku terus memicit kepalanya,mahu tak sakit, biasalah dapat tempat duduk belakang..aku pun dah mula rasa pening,aku mengambil langkah untuk tidur.
Selepas selesai solat,jamak maghrib dan isyak kami meneruskan perjalanan dan berhenti makan di temerloh ,diberi masa selama 30 minit untuk makan. Kemudian kami meneruskan perjalanan semula. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati,tiba-tiba air mataku mengalir membasahi pipi. Aku memerhati anjeku di sebelah,dia agak busy menaip mesej, mungkin hal kerja yang tak setle lagi,aku tak nak kacau dia, lalu aku memejamkan mata. Namun aku tak berjaya melelapkan mata ini,mungkin aku perlu buat muhasabah, kenapa aku jadi tak sedap hati. Dalam aku bermuhasabah aku meluahkan sesuatu kepada anjeku,kami memang rapat, satu usrah pulak tu,segala masalahku dia tahu..ketika aku meluahkan sesuatu padanya untuk di kongsi agar sama-sama bermuhasabah,tiba-tiba air matanya mengalir…sungguh hiba aku melihatnya,lalu aku memeluknya erat..aku diselubungi rasa bersalah. Tak sanggup aku melihat dia menangis,kerana aku tahu apa yang di tanggugnya lebih berat dari ku... YA ALLAH ku mohon padamu,kurniakanlah kekuatan dan ketabahan hati untuk dia terus berjuang di jalanmu..berkatilh dia YA ALLAH..hanya itu sahaja yang mampu ku lakukan ketika itu…
Pada pukul 2.30 pagi,Alhamdulillah kami telah sampai di hentian bas kuala Terengganu. jauh jugak perjalanan ke Terengganu ye?keluhan seorang lagi sahabat yang turut join bersamaku ke Terengganu iaitu rumateku anjang.

terikat dengan ciptaan ALLAH..
subhanallah sungguh cantik permandangan pantai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan