ASSALAMUALAUKUM..

Isnin, 17 Mei 2010

Kenangan Bersama Warga Tua





Pada 15 dan 16 mei,saya dijemput untuk menyertai program bersama golongan asnaf,yang dikendalikan dibawah MANTOP TRAINING AND CONSULTANCY SDN BHD,di bawah naungan akademi zakat selangor

Program ini dinamakan KURSUS BINA INSAN..fist time saya kendalikan program ni, rasa kerdil menguasai diri.
tak lupa jugak kepada dua orang sahabat saya dari darul quran iaitu Ustazah Mariam dan Ustaz Ridhuan yang turut menyertai program,yang sama-sama memerah keringat memberi perhatian dengan penuh kasih sayang kepada warga tua ini..terima kasih sahabat-sahabatku..
persaan syahdu menguasai diri,ketika mendengar lagu tema program dialunkan oleh peserta program..
mengalir air mataku ketika melihat pakcik2 dan makcik2 meluahkan masalah-masalah mereka didalam kertas..macam-macam masalah yang saya baca,antaranya
tak pernah solat,sebab tak tahu caranya,tak pernah baca quran sebab tak mengenal huruf jawi,ada isteri di tinggal suami,tak tahu cara nak mengenali ALLAH dan Diri sendiri,banyak lagi masalah-masalah lain.

Allhamdulillah pihak penganjur ada menyediakn modul-modul yang dapat mendidik dan mengajak pakcik2 dan makcik2 ini,kembali mengenal ALLAH

pada akhir program,ada seorang makcik datang kepada saya,untuk bersalaman, tiba-tiba dia memeluk erat,sambil menangis kepada saya, 'nak terima Kasih Kerana Mengajak Mak cik kembali Mengenal ALLAH, mak cik merasakan masih ada lagi orang yang menyayangi golongan seperti kami.. terima kasih nak.."mengalir air mataku ketika itu..hanya ALLAH sahajayang maha mengetahui,betapa hibanya perasaanku, suara hatiku berbunyi, "ya ALLAH selama ini aku hanya memikirkan masalah-masalah diri dan masalah-masalah di kampus, rupa-rupanya masyarakat sedang memerlukan aku..ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibu bapaku.." saya membalas pelukan kepada mak cik itu,dengan penuh rasa erat,sambil berkata,saya hanya menjalankan tugas saya sebagai penaymbung perjuangan Rasullullah saw.. ini semua ALLAH yang aturkan..

percutian dua hari yang amat bererti dalam hidupku..tak akan ku lupakan kenangan manis ini..

p/s cerita ini ditulis hanya untuk dikongsi bersama.
sama-samalah menghargai diri,jangan kita lupa,yang kita ini masih diperlukan..
biarlah masa,tenaga,harta,dan diri kita, menyumbang ke arah islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan