Hanya Kerana ALLAH..
Selasa, 31 Disember 2013
Keguguran... Bersabarlah, Syurga buatmu
Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Aku bersyukur diatas segala ujianmu YA ALLAH..
kerana disebalik ujian ini engkau telah taburkan mutiara-mutiara hikmah buatku dan suami
dengan ini membuatkan aku dan suami rasa lebih matang dalam mengharungi kehidupan ini..
LIKU-LIKU KEHAMILAN...
Rasanya masih terlalu sukar untuk menceritakan keseluruhan cerita ketika aku mengandungkan Nur Amni Binti As'ad... kerana naluri keibuan pasti akan terasa begitu terusik dan tersentuh bila aku ingat saat itu.
Alhamdulillah aku disahkan hamil pada 10.7.2013 bersamaan 2 Ramadhan..
suatu berita gembira buatku dan suami serta seluruh ahli keluargaku dan juga mertuaku..
kerana kehadirannya adalah cucu pertama buat kedua2 keluargaku.
Sebelum aku mengetahui yang aku ini hamil, badanku terasa lemah, cepat letih dan demam.
Aku lalui hari-hari awal kehamilan dibulan yang penuh barokah, memang sangat-sangat teruji dengan muntah,pening dan demam. Sewaktu kandunganku berusia 4 minggu aku dan suami pergi ke klinik pakar bersalin Rawang untuk scan, tiba-tiba selepas scan doktor memberitahu ada ketumbuhan, tapi doktor saran hanya menunggu usia kehamilan tu tiga bulan, baru boleh tahu samaada ketumbuhan itu bahaya atau tidak pada janin.. doktor kata, kadang-kadang ketumbuhan boleh membesar mengikut perkembangan janin, kadang-kadang ketumbuhan hanya berlaku pada awal kehamilan.
Nur Amni anakku yang sangat baik...Ummi terasa indah bersamamu anakku..diriku terasa ada teman kemana saja aku pergi,dia sentiasa dalam rahimku.. Amni jarang buat ummi muntah2 diwaktu siang.. ini membuatkan ummi senang untuk pergi kerja. Amni anak yang sihat dan baik..cuma kadang2 ummi akan mengalami sedikit pendarahan
Masalahnya bukan pada Amni, tapi ummi. Amni kandungan yang sihat, berkembang mengikut waktu.. seperti yang ummi selalu doakan.. Ya Allah kuatkan jantung anakku, sihatkanlah dia, sempurnakan sifatnya, elokkan rupanya, cerdaskan pemikirannya, jadikan dia hambamu yang beriman, permudahkan kehidupannya di dunia dan di akhirat.. Masalahnya badan ummi tak cukup kuat ketika itu.. pengalaman ummi terlalu cetek menjadikan ummi cuai menjaga kesihatan diri.. ada kawan yang berpendapat pendarahan ketika mengandung adalah perkara biasa, ada juga yang meminta berjaga-jaga, emosi ummi juga sering terganggu.. ummi tak pernah terfikir yang itu semua membuatkan ummi kehilang buah hati ummi yang amat ummi kasihi..
Sepanjang kehamilan, hampir setiap bulan ummi ulang alik hospital Serdang bersama abahmu.. Ummi sering terasa cemas apabila sakit dibahagian perut serta ada bleeding. Apabila pergi ke hospital doktor hanya mengatakan ummi hanya mengalami air kencing kotor, dan hanya perlu makan ubat antibiotik.
Tanggal 1 oktober 2013 pukul 9.00 pagi, ummi terasa sangat sakit dibahagian perut, sampaikan tidak mampu kaki ini untuk melangkah, dan ummi terus ke klinik kesihatan daerah untuk mendapatkan rawatan bahagian ibu mengandung. Ummi ingatkan sakit itu biasa terjadi pada orang yang mengandung ketika bayi sedang membesar...rupanya andaian ummi salah, doktor mengesahkan ummi ada ependix, dan segera dibuang, bahaya pada nyawa ummi dan anak ummi. Ummi dihantar menaiki ambulans ke hospital untuk dibedah, apabila sampai di hospital doktor membuat sekali lagi pengesahan,terdapat enam orang pakar untuk check keadaan ummi dan anak ummi. Pembedahan terpaksa dilakukan juga walaupun berisiko pada anak ummi, masa tu hanya Allah sahaja yang tahu sedih sangat2. Waktu itu Amni baru sahaja berusia 4 bulan dalam kandungan, dah kena lalui dugaan ini. Doktor menerangkan risiko akan berlaku keguguran ketika pembedahan dan kesan ubat bius pada baby. Ummi redha...
Alhamdlillah ummi selamat dibedah, dan Alhamdulillah anak ummi selamat juga, sentiasa sihat dan kuat dalam perut ummi, walaupun masa tu ummi sudah lupa siapa diri ummi disebabkan ubat bius yang terlalu kuat,ummi di bius sehingga pengsan. Ya Allah hanya padamu aku mengadu dan hanya Engkaulah sebaik2 pendengar.. itulah doaku ketika itu..
Tanggal 5 November 2013 ummi sedang berehat baru balik dari berkelah, tiba-tiba ada darah keluar sangat banyak.. ummi terus menangis melihat darah yang banyak, dan abahmu telah membawa ummi ke hospital swasta, apabila doktor memberitahu keputusan bahawa pembukaan ummi sudah terbuka 5cm.. Ya Allah selamatkanlah anak aku.. hati kecilku tak henti2 berdoa. Doktor telah membuat surat untuk di hantar ke hospital kerajaan. Ummi telah di periksa sekali lagi pembukaan oleh pakar sakit puan, memang laluan itu sudah terbuka, tapi hanya 2cm Ummi dimsukkan di dalam wad, dan doktor meminta ummi berada dalam wad selama 2 bulan sampailah kandungan ummi berusia 7 bulan..Ummi menangis apabila terpaksa tnggal di hospital selama 2 bulan, kerana ummi tidak dapat menahan sakit apabila doktor chek pembukaan, macam2 alat yang dimasukkan, tapi sepanjang minggu itu, doktor tidak check keadaan baby,sampailah ummi minta nak keluar dari hospital untuk berehat di rumah sahaja.. Akhirnya ummi dapat juga keluar, dalam masa yang ummi pergi ke hospital swasta sebab nak scan keaadaan anak ummi, Alhamdulillah Amni sentiasa sihat dan membesar didalam perut ummi. Amni sudah mula bergerak2 didalam perut ummi, Doktor memberi nasihat untuk ummi pergi tinggal dihospital semula, tapi ummi tak mahu sebab ummi tak tahan sakit bila doktor chek pembukaan yang kandungan baru berusia 5 bulan. Tapi doktor swasta memberitahu yang doktor tidak akan check lagi pembukaan, kerana akan menyebabkan lagi terbuka. Ummi percayakan doktor itu.
Amni sudah mula memberi respon, dia dah mula bergerak apabila mendengar suara abahnya, sebak apabila ummi merasai respon itu, Amni juga suka bergerak apabila mendengar suara ummi mengaji Al quran. Sebab itulah ummi tidak suka tinggal di wad, kerana tiada priversi. Menitis air mata bertapa besarnya kebesaranmu Ya Allah, kerana menciptakan manusia.
Selang beberapa hari ummi pergi semula hospital, untuk chek up pakar... tetapi selepas berjumpa dengan doktor, ummi terasa sangat sakit, kerana doktor selup dan check lagi di bawah, daripada ummi tidak bleeding terus bleeding lagi, sepanjang jalan ummi menangis..pada waktu petang ummi dimsukkan lagi ke wad yang sama. Ummi tidak mahu, tapi ummi tak terdaya nak halang lagi. Tinggal dalam wad memang stres, macam2 berlaku sepanjang ummi di wad, kenangan yang ummi tidak boleh lupakan ummi dimarahi oleh seorang doktor india perempuan, dia sangat emosi ketika ummi memita agar tidak diperiksa lagi pembukaan, ayat dia " ok saya tidak akan check lagi bawah, biarlah sampai anak puan dah nak keluar kaki, kepala saya biar je" ummi tak boleh lupa apa yang doktor tu cakap dengan tangannya mengangkat ke atas dan cekak pinggang. ummi hanya mampu bersabar..lg bertambah stres jumpa doktor begitu.
Sepanjang Ummi berada di hospital ummi tidak diberikan sebarang ubat, kecuali antibiotik dan ubat tahan sakit.
Selepas beberapa hari...ummi terasa sakit sangat, pada masa tu ummi hanya ingat nyawa anak ummi, Ummi di masukkan dalam labour room, doktor chek pembukaan 4 kali, dan doktor memberitahu laluan sudah terbuka 8cm.. Ummi terpaksa melahirkan Amni pada usia 24 minggu satu hari.. Sungguh mudah melahirkan Amni..hanya ummi sahaja yang menanggung sakit, ketika ummi menahan sakit, Amni masih bergerak2 di dalam perut Ummi.. Akhirnya Amni keluar juga di dunia ini. Allah Maha Besar.. Subhanallah.. Menitis air mata ummi apabila ummi dapat mendengar tangisan Amni, suara anak ummi yang selama ini hanya memberi respon didalam perut..
Nur Amni binti As'ad dilahirkan pada 24 November 2013, di usia kandungan 24 minggu 1 hari, hanya sempat hidup 20 minit sahaja.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bertapa sedihnya hatiku..
Perjalanan hidup setiap insan tidak lama, ummi bersyukur diperingatkan Allah, walaupun ramai yang berkata tiada rezeki, tapi bagi ummi ini bukanlah tiada rezeki, tapi rezeki di akhirat sana, bila mengenangkan syurga buatmu duhai anakku, ummi redha..ummi bersyukur diberi kesempatan untuk memperbetulkan kekhilafan diri..Akhirnya nanti ummi dan abah akan kembali ke sana juga. walaupun ummi tidak dapat melihat wajahmu duhai anakku, tapi tangisan itu membuatkan ummi rasa lega. Berbahagialah di sana duhai anakku.. Amanlah dirimu di bawah lindungan Rahmat Allah.. Allah telah menjagamu di syurga.
Tipulah siapa yang tak sedih bila keguguran.. rasa jiwa kosong melalui hari2 berpantang.. hati jadi sebak apabila melihat orang lain mengandung atau melihat baby didepan mata kita.. apa yang penting kita haruslah kuat semangat, dekatkan diri dengan Allah, dialah segala penawar bagi kita..
Al Fatihah untuk Amni..
Sabtu, 31 Disember 2011
Semangatmu Titian Kejayaanku Duhai sahabatku..
Bismillahirrahmanirrahim....
Rabu, 30 November 2011
PM...oh PM..
Rabu, 14 September 2011
Jasamu Takkan ku Lupakan...
Kenangan lalu kembali menusuk kalbu,
Di saat aku bersendirian,
Ia datang tanpa diundang,
Getaran jiwa semakin melaju,
Terusik hati yang sedang hampir sembuh.
Semakin menghimpit diri,
Menggigit setiap cebis jiwa,
Memaksa aku tersungkur,
Dalam kepenatan aku betanya,
Mampukah aku terus berjuang?
Merangkakkah aku dalam kegelapan?
Mampukah aku terus berbicara?
Impian digapai belum pasti tergenggam,
Terlepaskah atau bisa ku pegang.
Rabu, 13 April 2011
Kesempitan Dalam Membuat Keputusan
Pertamanya…..dan selamanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Tuhan semesta alam. Yang telah menyusun segala-galanya dengan teratur dan penuh dengan kesempurnaan tetapi tangan-tangan manusialah yang menghancurkannya dan juga sering mengambil jalan bermusuh-musuhan di atas muka bumi ini. Ya ALLAH, ya Rahman Tuhan yang Maha Pemurah, Engkau mengetahui apa yang tersingkap dan apa yang tersirat. Engkau lebih mengetahui apa yang tersembunyi di setiap sudut dan sanubari hamba-hambaMU. Wahai Tuhan yang memberikan daya dan kuasa kepada hamba-hamba yang lemah sehingga hamba-hambaMU terkadang begitu angkuh dengan daya yang ada pada mereka hingga terlupa akan kekuasaan yang lebih agung. Ya Rahim, Tuhan yang memberikan rezeki yang melimpah-limpah sehingga ada hamba-hambaMU yang tidak pandai bersyukur bahkan tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki sedangkan tiada suatupun milik mereka. Semuanya adalah milikMU semuanya. Ya Tuhan, yang memperjalankan aturan seluruh cakerawala dengan penuh kebijaksanaan dan di situlah akan ditemui kehebatan dan keagunganMU pada setiap penciptaan yang ada.
Hamba merintih ya ALLAH, pada setiap kekurangan hamba. Pada setiap kekhilafan yang telah hamba lakukan dalam sedar mahupun tidak. Hamba sentiasa ingin kembali padaMU ya ALLAH. Setelah hamba renungkan betapa jauhnya hamba ini……dekatkan hamba padaMU, pada jalanMU, pada mereka-mereka yang mencintaiMU. Jauhkan hamba daripada mereka-mereka yang jauh denganMU, yang sentiasa mencuba untuk menyesatkan hamba-hambaMU. Ya Karim, Tuhan yang Maha Agung, dengarkanlah rintihan hamba ini. Biar sekuat manapun cubaan yang Engkau berikan kentalkan jiwa hamba, kembalikan hamba dalam redhaMU.
Dan hamba pohon ya ALLAH lapangkan hati hamba dalam menghadapi segala cubaan di dunia ini. Kuatkan kaki hamba dalam melangkah. Jauhkan hati hamba daripada sikap berkeluh kesah. Hamba pohon agar tidak dibiarkan sesaat dalam hamba menentukan jalan hidup ini…….
Sabtu, 26 Februari 2011
KELETIHAN DALAM KEPUASAN...
Baru beberapa jam melangkah keluar dari Darul Quran,saya mendapat satu panggilan dari seseorang.
Assalammualaikum Afiqah" apa habaq?
saya: Wa'alaikumsalam...Alhamdulillah sihat..
????: Mlalm ni free x? nak minta afiqah handle usrah remaja boleh?
Saya: hummm...saya nak bertolak balik kedah malam ni..
????: Tolong la..tak da orang yang nak bagi pengisian ni.
Saya: ok insyaallah, saya cuba cancel balik kedah..tapi kena kol mak di kampung dulu,takut mak tak izin..
????: Ok thanks Afiqah..
Kadang-kadang terasa penat...
kadang rasa tersepit dengan aulawiyat, macam mana masa dengan Mak Ayah, sepatutnya...
""time ni dengan mak ayah"'
"'" time ni masa untuk diri""
"'''Time ni waktu bersama Adik2""'
Kadang merancang lain jadi lain,tantetif masa untuk menguruskan urusan harian banyak yang berubah tanpa disedari..
alhamdulillah...dalam keletihan Allah memberikan secebis ruang untukku bermuhasabah..
ku panjatkan kesyukuran.
walaupun terasa penat tapi semangat tak pernah pudar..
begitulah hidup seorang pejuang...
Ya Allah.. Ya Rahman..sesungguhnya aku tak mampu untuk teruskan perjuangan ini tanpa keberkatan dan kasih sayangmu...
Ya Allah...Ya Rahim.. kurniakanlah kami keberkatan mu..
Ya Allah...sesungguhnya aku tak mampu untuk memimpin diriku dari segala godaan syaitan dan tipu daya dunia..
Ya Allah..Pimpinlah Daku untuk memimpin umat nabiku Muhammad S.A.W
Sabtu, 1 Januari 2011
Ketika diperjalanan....
Allah yang maha agung, maha menatap, maha mendengar, maha memperhatikan, Dia tahu apa yang kita lakukan
Tidak satupun lirikan mata yang luput dari pengetahuan Allah
Tidak ada satu katapun yang terucap yang tidak didengar oleh pendengaran Allah yang maha mendengar
Saat ini kita dihargai orang lain, teman, orang tua sesungguhnya bukan kemuliaan yang kita miliki melainkan karena Allah yang masih menutupi aib kita
Wahai saudaraku sekalian, sesungguhnya kian lama kia dekat dengan kepulangan kita
Kain kafan akan ada saatnya akan dibungkuskan ke badan kita
Alangkah beruntungnya jikalau kematian datang kita benar benar sudah siap
Dosa sudah diampuni oleh Allah, badan kita terbasuh air wudhu
Alangkah indahnya jikalau malaikat maut menjemput dengan paras yang teramat indah
Kening kita usai berwujud, lisan kita sedang lirih menyebut nama Allah
Keringat kita sedang bersimbah berjuang dijalan Allah
Alangkah indahnya jikalau kematian datang orang tua ridho kepada kita,
orang orang yang kita sakiti sudah memaafkan tidak ada hutang piutang
Alangkah indahnya jikalau kematian datang air mata kita sedang menetes ingat dan rindu kepada Allah
Kita lepas ajal kita dengan kemuliaan dengan khusnul khotimah
Tapi alangkah banyaknya orang orang yang mati dengan keadaan sebaliknya
Mati dalam keadaan dosa
Mati di tempat zina
Mati dikutuk dan dilaknat orang tua
Mati dengan berselimut harta haram
Wahai saudaraku, hidup di dunia hanya sebentar, Allah yang menciptakan kita memilih kita menjadi manusia,
bukan menjadi hewan atau tumbuh tumbuhan
Diantara bermilliaran manusia, kita ditakdirkan menjadi orang islam
Betapa banyaknya manusia yang tidak mengenal islam
Diantara begitu banyak orang islam banyak yang tidak mengenal sujud dan tausiah, Allhamdullilah
Kening ini sering diberi kesempatan untuk bersujud, Allhamdullilah
Otak kita dibuat cerdas tidak menjadi orang yang hilang ingatan
Allah memberi mata kepada kita sehingga kita bisa melihat indahnya alam
Kita diberi telinga yang dapat mendengar dengan jelas mendengar suara adzan, mendengar suara bayi
yang menangis & dapat menerima ilmu, Allhamdullilah
Padahal mudah bagi Allah untuk mengambil telinga ini mudah bagi Allah untuk menghendaki dunia ini menjadi sepi seketika
Allah memberikan kita lidah yang bisa bersuara walaupum Allah tahu betapa banyak dusta yang kita ucapkan,
betapa banyalk fitnah yang kita sebar dari mulut kita
Allah maha tahu perasaan yang tercabik akibat lisan kita
Tapi Allah masih memberikan kesempatan untuk menyebut namanya
Dituntun untuk bisa istigfar padahal mudah bagi Allah untuk menjadikan
mulut ini tidak bersuara
Allah maha tahu bagaimana kita riya dengan tubuh ini,
memamerkan tubuh kita sehingga orang lain tergelincir
Atau kita sering kecewa mengutuk tubuh ini
Allah maha tahu betapa kening ini betapapun bersujud jarang khusu ingat kepada Allah
Allah maha tahu keadaan hati kita yang petantang petenteng, sombong, merasa hebat padahal yang
kita sombongkan adalah titipan Allah
Andaikan hari ini malaikat maut berada dihadapan kita,
bekal yang mana yang bisa kita bawa pulang ?
bukanlah kita pasti mati ?
Bukannya semua akan diperhitungkan, mau pulang kemana ?
Saudara saudaraku bukanlah kita ingin pulang kepada Allah ?
Kita sering meminta surga tapi amalan kita amalan neraka, kita sering meminta selamat tetapi perbuatan kita celaka
Kepada orang tua kita sering durhaka, berbulan bulan kita menghisap darahnya dalam kandungan
Berdiri sulit, berbaring sulit, Kita terlahir bersimbah darah, dua tahun kita hisap air susunya
Belasan tahun kita hisap keringat dan tenaganya
Berapa banyak kata - kata kita mengirisnya, berapa banyak sorot mata kita menghujam melukai perasaannya
berapa kali kita memalingkan wajah dengan ketus kepadanya
Berapa kali kita menghardik dan mendustakannya, padahal amalan yang dicintai Allah adalah doa kita kepada orang tua
Saudaraku, durhaka kepada orang tua didahulukan sisanya di dunia
Mungkin orang tua kita berlumur keringat dan dosa karena ingin melihat kita berbahagia ,
agar kita bisa makan, agar kita punya sepatu, agar kita dihargai teman teman
Mereka membanting tulang memeras keringat, kadang mengabaikan sujud dan sholat mereka
KEMATIANKU .....
Wahai saudaraku apabila malam ini malaikat maut menghampiri kita maka sholat kita hari ini adalah sholat terakhir kita
Wahai saudaraku, ingatlah satu desah nafas adalah satu langkah menuju kubur kita
Semakin hari sesungguhnya kita semakin dekat degan kematian kita
Kematian bukan hanya milik orang lain tapi juga milik kita
Ingatlah bahwa ajal dapat menjemput kita dimana saja mungkin dikala tidur,
dikala berjalan. Ingatlah bahwa ajal tidak bisa diduga
Wahai saudara saudaraku, kita pasti akan mati dan kita pasti akan mempertanggung jawabkan apapun yg kita lakukan
Tidak ada sedikit pun yg kita lakukan akan kembali kepada kita sendiri
Allah melihat persis apa yg kita lakukan tidak ada yg tersembunyi
Siapkah kita andaikata malaikat maut menjemput kita hari ini ?
Ingatlah pada syarakatul maut adalah saat yg sangat pahit
Kita sering melihat bagaimana hewan kurban yg tidak punya dosa,
Allah memperlihatkan kepada kita pahit nya saat ajal memisah dari tubuh kita mata terbeliak lidah menjulur,
badan menggelepar glepar sesungguhnya kitapun akan demikian
Walaupun tampak tenang sesungguhnya pahit kecuali Bagi orang orang yang merindukan Allah
Andaikata kita sudah mati tidak ada lagi yang bisa menolong , harta harta kita yang mati matian kita kumpulkan
tak bisa kita bawa karna bukan milik kita tapi milik Allah
Tinggal sehelai kain kafan yang dililitkan ditubuh kita
Bayangkanlah apabila tubuh ini sudah kaku,wajah ini sudah beku
Kain kafan sudah mulai dibungkus
Bersyukur kalau kita ada yang mengurus
Bayangkanlah bila tubuh kita sudah terbukur kaku bersyukur bila ada yang menyolatkan kita
Istri, suami, anak anak kita hanya bisa menangis disekitar kita
Kita akan diusung ke kamar kita yang baru, yaitu ke liang lahat
Wajah kita akan dibuka untuk menyentuh tanah dan papan akan ditutup disekitar kita
Pelan pelan orang yang kita cintai akan menaburkan tanah sehingga semakin gelap, semakin kini sendiri
Tanah semakin penuh, semakin jauh dari mereka
Mungkinkah nanti anak anak kita yang menaburkan tanah, sahabat sahabat kita
Inilah pertemuan terakhir dengan mereka
Tinggallah kita sendiri di liang lahat, mereka semua akan pulang
Belatung, cacing sudah mulai mengunyah tubuh kita
Tapi yang menjadi masalah ketika mulai datang malaikat kubur,
Mungkin pertanyaannya: "wahai mahluk malang berpuluh puluh tahun engkau hidup di dunia "
Betapa banyaknya engkau menghianati Allah yang selalu menjamumu
Betapa banyak nikmatnya dan kau balas dengan penghianatan
Mungkin saat itu dinding kubur mulai menghimpit tubuh
Sebetulnya sholat kita akan membela tetapi sholat kita terlalu lemah, karena tidak pernah khusu
Mungkin sedekah kita akan membela tapi sedekah kita terlalu lemah karena kita terlampau kikir
Mungkin saum kita akan menolong tapi saum kita hanya saum perut, mata tidak pernah saum, mulut tidak
pernah saum, hanya bisa menyakiti orang lain
Mungkin haji kita akan menolong tapi haji kita haji mardun, yang tertolak karena niatnya tidak benar
Tinggallah kita menderita, paling hanya doa anak dan keluarga kita yang kita tunggu tunggu, tapi bagaimana ?
Mereka tidak bisa berdoa karna kita tidak pernah mengajarkan mengenal Allah dengan baik
Tahukah saudaraku, siksa kubur terhenti apabila anak kita berdoa atau orang yang Allah titipkan
Doa tersebut bagai cahaya yang masuk sehingga kubur kita menjadi terang benerang
Berbahagialah bagi orang orang yang cukup bekal, kubur akan menjadi salah satu kenikmatan
Sholatnya menjadi cahaya terang benerang ,
sedekahnya menjadi ganjaran,
wakafnya menjadi pahala yang tak pernah putus,
orang orang yang ditolong akan selalu mendoakan, ilmu yang diajarkan akan mengalir tiga ganjaran
Wahai saudaraku, kenapa kita selalu mengganggap kematian itu keliatannya adalah untuk orang lain, padahal kita pasti mati
Setiap perbuatan kita di dunia akan dihitung lengkap, apakah kebaikan, keburukan yang lebih banyak
Wahai Allah, Engkaulah yang maha tahu kapan ajal akan menjemput kami
Kain kafan mana yang akan dililitkan di tubuh ini,
Juga liang lahat mana yang kami akan huni
Wahai Allah ijinkanlah kami memiliki sisa umur yang benar, ampunilah andaikata selama ini kami menghianatimu
Jadikan harta yang engkau titipkan benar benar dapat menjadi cahaya dalam kubur kami kelak
Jadikanlah sholat sholat kami menjadi pendamping kami ya Allah
ORANG TUAKU ....
Kita tidak tahu akan berapa lama lagi kita bisa menatap wajah ibu bapak kita
Andaikata ibu bapak kita sudah terbungkus kafan
Tidak ada lagi wajah yang bisa ditatap
Tidak ada lagi tangan yang bisa kita cium
Tidak ada lagi oleh oleh yang bisa kita bawakan
Tidak ada lagi sapaan yang bisa kita tunggu
Tidak ada lagi doanya untuk kita
Andai ibu bapak kita sudah berada di liang lahat maka tidak pernah lagi kita melihat lagi mereka dirumah
Andai tanah sudah menimbun jasadnya
Jangan sia siakan ibu bapak kita
Sampai kapanlah kita akan melukai hatinya,
seburuk apapun keadaannya darah dagingnya melekat pada tubuh kita
Solehkanlah yang orang tuanya yang belum soleh
Muliakan yang orang tuanya terhina
Saudaraku kenanglah kebaikan orang tua kita
Dimana gerangan di akhirat keluarga kita berkumpul, adik, kakak, apakah kita kan kumpul di surga
berjumpa dengan Rosul Allah atau cerai berai di neraka
Ya Allah utuhkan keluarga kami di dunia ini mulia, utuhkanlah keluarga kami di surgaMu mulia
Ya Allah karuniakan kepada kami hati yang penuh cinta, cinta kepadamu ya Allah, dan golongkanlah
hati ini menjadi hati yang selalu rindu ingin berjumpa dengan Mu
DOAKU ....
Ya Allah kami mohon berikanlah hari ini menjadi hari ampunan bagi segala dosa dosa kami,
Ampun ya Allah..., Ampunilah kami ya Allah ...
Ampuni sekelam apapun masa lalu kami,
Hapuskanlah segala kotornya aib aib kami
Ampuni apabila kami sering tidak ridho dengan takdir Mu ya Allah
Ampuni segala kezaliman kami, terhadap orang tua kami
Ya Allah, selamatkan orang tua kami, jadikan tetesan keringatnya,
Air matanya, darahnya jadi jalan
Kemuliaan bagi dunia dan akhirat
Sayangi ibu bapak kami ya Allah....
Golongkan kami menjadi anak yang tahu balas budi
Lapangkan kuburnya ya Allah 3x, ringankan hisabnya, Amin
KESIMPULAN
Saudaraku, sebaik baiknya manusia adalah manusia yang selalu ingat mati
dan paling mempersiapkan diri kita untuk mati dan
selalu berfikir hari ini adalah hari yang terakhir kita
Luruskan niat dan berbuatlah yang terbaik setiap saat,
jangan pernah sia siakan satu kejadianpun kecuali
harus membawa manfaat bagi dunia dan akhirat
Ya Allah berikan kesempatan untuk memberikan
yang terbaik dalam hidup ini berguna bagi dunia
dan bermanfaat bagi akhirat
Kita songsong malaikat maut dengan amalan yang utama
Selamat berjuang saudaraku sekalian untuk mengarungi sisa umur ini
Semoga kita diberi kesempatan untuk mempersembahkan yang terbaik dan
kita berjumpa dihadapan Allah kelak di Surga amin ya robbal alamin,
hidup untuk mempersembahkan yang terbaik berguna untuk dunia &
bermanfaat bagi akhirat, Selamat berjuang ....